My photo
kami adalah kami, tidak sempurna sifat dan rupa. yang mencari keredhaan-Nya untuk berjuang dijalan-Nya. hanya Allah s.w.t, hakim yang boleh menilai dan mentafsir siapa diri kami. 'Da'wah is not about to change and convert people but da'wah is to convey the message with wisdom, knowledge and good words'- kata-kata seorang penda'wah

Saturday, December 24, 2011

UJIAN DATANG DI TITIK TERLEMAH








ღ☆ღ*¨*¤.¸¸.¸¸.¤*¨*ღ☆ღ*¨*¤.¸¸.¸¸.¤*¨*ღ☆ღ*¨*¤.¸¸.¸¸.¤*¨*ღ☆ღ*¨*¤.
“Allah Ta’ala akan sentiasa menguji kamu pada titik terlemah..Orang yang lemah dalam masalah harta, namun kuat dalam masalah pangkat dan wanita, tidak diuji dengan wanita dan pangkat.

Orang yang sentiasa mudah tersinggung dan pemarah, akan diuji oleh Allah dengan dipertemukan dengan orang-orang yang sentiasa membuatnya tersinggung dan marah.

Seseorang yang sentiasa berlambat-lambat dalam dakwah kerana alasan ‘isteri, mertua, tetamu’ akan sentiasa dihadapkan dengan alasan-alasan itu, ‘mertua datang, tetamu datang silih berganti,’ yang akan terus menundanya untuk bersegera menghadiri program dakwah, sampailah dia boleh mengutamakan agenda dakwah dalam kehidupannya” (K.H. Rahmat Abdullah,Episode Cinta Sang Murabbi)

Kata-kata di atas pastinya membekas pada mereka yang pernah diuji sedemikian rupa. Memang kehidupan manusia tidak akan lekang daripada ujian.
Tak kiralah dalam apa bentuk sekalipun. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang sudah tersusun dalam barisan.

Sebab itu Allah sudah terang-terang mengingatkan dalam firmanNya “Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan mengatakan kami telah beriman sedangkan mereka belum diuji?” Al-Ankabut:2.

Kita ini diuji Allah untuk dinilai tahap keimanan yang sudah kita bina. Seperti pelajar yang menuntut di sekolah, mereka wajib menduduki peperiksaan untuk dinilai tahap kefahaman mereka terhadap subjek-subjek tertentu.

Saya teringat ketika menonton filem Sang Murobbi bersama kawan serumah di baitul junud (rumah lama kami) beberapa bulan yang lepas. Ada satu scene yang tak dapat saya lupakan hingga ke hari ini.

Ketikamana Ust. Rahmat meneguhkan semula semangat juang anak buahnya dengan sebuah cerita: kisah monyet di pucuk pohon, “Ada tiga jenis angin yang dahsyat ingin menjatuhkannya dari pohon tersebut. Datang angin bahorok(bahasa Indonesia yang saya tak pasti apa maksudnya), membuatkan monyet tersebut berpegang erat pada dahan.

Kemudian datang pula angin puting beliung yang membuatkan ia mendakap dengan lebih erat dan yang terakhir datang angin tornado yang lebih dahsyat. Namun ia masih mampu bertahan dengan memeluk kemas dahan tersebut. Tapi, ketikamana datangnya angin sepoi-sepoi, halus, lembut, menyerang ubun-ubun si monyet, lalu apa yang terjadi? Monyet itu pun mengantuk, terlelap dan akhirnya jatuh tersembam ke tanah.”

Kisah yang mengandungi ‘ibrah untuk kita renungi. Kadang-kadang ujian dalam bentuk kesusahan kita mampu bahkan kuat kita harungi. Tapi bila diuji dengan kesenangan, kita lantas mudah mengalah, kecundang dek kerana terlampau lama berada di zon selesa. Berhati-hatilah saudaraku dengan godaan dunia. “ketahuilah sesungguhnya kehidupan dunia, penuh dengan permainan dan senda gurau.”
Saudaraku, ujian itu pasti ada. Timbulnya masalah perkara biasa.

Jadi, freshkan diri. Check semula iman kita. Barangkali ibadah tak lagi berghairah. Solat tak terasa nikmat. Tilawah tak menyembuhkan ruhiyah. Kata-kata pun tak menggugah.

“Jika hati seseorang telah bersih dan suci, nescaya ia takkan berasa kenyang untuk terus menerus membaca Al-Quran.” Begitulah perasaan Saidina Utsman apabila beliau mencapai tingkatan halawatul iman. Sentiasalah pulihkan binaan iman kita agar utuh menghadapi ujian dunia.Bingkisan nasihat untuk diri sendiri yang tak pasti sampai bila mampu bertahan.

Allahumma ya muqallibal quluub, tsabbit quluubana ‘ala deenik wa ‘ala tho’atik…
Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati,tetapkanlah hati kami dengan agamaMu dan ketaatan kepadaMu..ameen ya Rabb..

Copy dari sahabat FB..
ღ☆ღ*¨*¤.¸¸.¸¸.¤*¨*ღ☆ღ*¨*¤.¸¸.¸¸.¤*¨*ღ☆ღ*¨*¤.¸¸.¸¸.¤*¨*ღ☆ღ*¨*¤.

No comments:

Post a Comment