My photo
kami adalah kami, tidak sempurna sifat dan rupa. yang mencari keredhaan-Nya untuk berjuang dijalan-Nya. hanya Allah s.w.t, hakim yang boleh menilai dan mentafsir siapa diri kami. 'Da'wah is not about to change and convert people but da'wah is to convey the message with wisdom, knowledge and good words'- kata-kata seorang penda'wah

Saturday, September 24, 2011

Bayangkan Dunia Tanpa Muslim....


Mari kita bayangkan dunia TANPA MUSLIM, bolehkah kita?
Tanpa orang Muslim, kita tidak mungkin akan ada:
  • Kopi
  • Kamera
  • Experimen Fizik
  • Sabun
  • Shampu
  • Pewangi / Spirit
  • Projek pengairan
  • Aci engkol, internal combustion engine, injap, piston
  • Kunci gabungan
  • Peralatan pembedahan
  • Ubat Bius
  • Kincir angin
  • Rawatan Cacar
  • Sistem penomboran
  • Algebra/Trigonometry
  • Kaca kristal
  • Karpet
  • Universiti
  • Optik
  • Berus gigi
  • Hospital
  • Kompas Pelayaran
  • Pendulum
  • Braille
  • Kosmetik
  • Pembedahan Plastik
  • Kaligrafi
Orang Islam yang menyedari bahawa cahaya memasuki mata kita, tidak seperti orang-orang Yunani yang mengatakan kita memancar cahaya, dan hasilnya adalah penciptaan kamera dari penemuan ini.
Orang Muslim adalah yang pertama  untuk membuat cubaan terbang pada tahun 852, walaupun begitu, Wright bersaudara yang telah mendapat nama
Seorang Muslim yang bernama Jabir ibn Hayyan dikenali sebagai pengasas Kimia moden. Beliau pencipta proses: penyulingan, penulenan, pengoksidaan, penyejatan, dan penurasan. Beliau juga menemui asid sulfurik dan nitrik.
Seorang muslim yang bernama  Al-Jazari juga dikenali sebagai bapa robotik
Arkitek istana Henry V adalah seorang Muslim
Orang Muslim yang mencipta jarum berongga untuk menyedut kataraks dari mata, teknik yang masih digunakan sehingga hari ini.
Orang Muslim adalah yang sebenar menemui inokulasi, bukan Jenner dan Pasteur untuk merawat cacar. Barat hanya membawanya dari Turki
Orang-orang Islam yang telah banyak menyumbang kepada matematik seperti algebra dan trigonometri, yang telah diimport ke Eropah dan 300 tahun kemudian mereka meluaskan kepada Fibonnaci dan selebihnya.
Orang-orang Islam yang mendapati bahawa bumi ini bulat 500 tahun sebelum Galileo.

Senarai ini semakin tersingkap dan bertambah..

Cuba bayangkan dunia tanpa Islam. Sekarang saya rasa anda mungkin  membayangkan DUNIA TANPA pengganas. Tetapi kenapa terus mengaitkan Islam dengan aktiviti  “TERRORIST?”, tetapi dalam masa yang sama menyorokkan fakta sumbangan umat Islam?

Calon Awek VS Calon Isteri


CALON AWEK :
-         Mudah diajak keluar untuk ber“dating”.
-         Gemar bersosial tak kira dengan siapa.
-         Senang dipengaruhi dengan ayat-ayat cinta dusta.
-         Mendedahkan aurat untuk kepuasan mata melihat nikmat maksiat.
-         Mudah didekati dan disentuh-sentuh.
-         Jual murah dengan melayan semua lelaki.
-         Senang diajak ber“couple” dan bermain mesej-mesej berwarkah biru.
-         Tidak pandai menjaga maruah dan harga diri.
-         Iman yang goyah dan selalu rapuh.
-         Jahil dan tidak peduli dalam bab agama.
-         Tidak menjaga batas-batas pergaulan.
CALON ISTERI :
-         Payah dan sukar nak diajak keluar “dating” berdua. Memang tak pernah berjaya pun. “Dating” hanya bersama yang halal.
-         Bersosial mengikut keperluan. Pandai memilih kawan.
-         Sukar dipengaruhi dengan godaan ayat-ayat cinta.
-         Sentiasa menutup dan memelihara auratnya daripada pandangan lelaki ajnabi.
-         Pandai memelihara diri sendiri. Sukar didekati dan disentuh.
-         Jual mahal dengan lelaki yang ingin men“tackle”nya.
-         Sukar dan amat payah dipujuk rayu untuk diajak ber“couple” dan tidak pernah melayan mesej-mesej berwarkah biru yang melalaikan.
-         Pandai menjaga maruah dan harga diri.
-         Sentiasa menjaga kualiti iman agar tidak rapuh dan goyah.
-         Pandai dan amat menitikberatkan soal agama.
-         Menjaga batas-batas pergaulan.
Allah s.w.t berfirman yang bermaksud : “Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula).” (Surah al-Nur : 26)
Ingatlah wahai muslimah, jangan terlalu percaya dengan pujuk rayu dan kata-kata cinta dusta daripada lelaki. Fikirlah jangka masa panjang. Jangan pernah berjanji setia atau menyerahkan segala kepercayaan dan kasih sayang kita kepada si dia yang masih belum sah dan halal untuk kita.
Andai belum bersedia, mengapa sibuk ingin bercinta? Tidakkah itu hanya akan melalaikan hati dan jiwa kita daripada mengingati Allah? Tidakkah itu hanyalah jalan untuk menambahkan dosa kita? Salutkanlah rasa taqwa dan malu pada Allah.
Ingatlah segala titik peluh dan keringat ibu bapa kita. Mereka menghantar kita ke sekolah atau ke universiti atau ke mana sahaja untuk kita BELAJAR. Tumpukanlah pada BELAJAR dahulu. Bila sudah selesai BELAJAR, dah pandai cari duit sendiri, dah bersedia sepenuhnya, barulah kita buat apa yang patut. Jika diri dan segala keperluan masih belum tersedia dan bersedia, tetapi sudah ada calon, ‘list’kan sahaja calon-calon itu. Berkawan tidak salah. Tetapi, berkawanlah mengikut keperluan. Jangan terlalu ikutkan perasaan. Bila tiba masanya, mintalah petunjuk Allah.
Saya sering memberi peringatan untuk diri sendiri agar tidak terjerumus ke dalam perkara maksiat yang boleh merosakkan hati dan diri. Saya juga sering ingatkan hati dan diri saya  agar tidak menyukai seseorang itu bersangatan dan tidak melayan perasaan suka, sayang atau cinta yang kadang-kadang pernah terlintas di fikiran. Kerana makin kita layan, makin syaitan masuk ‘line’. Maklumlah, itu semua lumrah. Biarkan sahaja. Sibukkan diri dengan perkara-perkara bermanfaat dan amal ibadah agar kita lupa pada bisikan-bisikan syaitan yang menyuruh kita melakukan maksiat pada Allah. Tumpu pada tujuan utama kita, iaitu, BELAJAR. Bersihkan hati dan fikiran daripada segala perkara-perkara ‘lagha’ iaitu melalaikan. Ikhlaskan hati dan niat LILLAHI TA’ALA.
Ingatlah wahai muslimah, kita ini adalah perhiasan. Dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah. Saya menyeru diri saya sendiri dan para muslimah sekalian, marilah kita mengamalkan sikap ‘fastabiqul khairat’ iaitu berlumba-lumba dalam kebaikan untuk mendapat gelaran wanita solehah pada pandangan-Nya. Jagalah maruah dan harga diri kita. Peliharalah, agar jodoh kita juga terpelihara. Mudah-mudahan, amin.  

Wednesday, September 21, 2011

Apabila Ibu aboleh Memilih


Anakku…
Apabila ibu boleh memilih “Apakah ibu berbadan langsing atau berbadan besar kerana mengandungmu?”, Maka ibu akan memilih mengandungmu..
Kerana dalam mengandungkan mu ibu merasakan keajaiban dan kebesaran Allah,
Sembilan bulan nak…Engkau hidup di perut ibu, Engkau ikut kemana-mana pun ibu pergi, Engkau ikut merasakan ketika jantung ibu berdetak kerana kebahagiaan,
Engkau menendang rahim ibu ketika engkau merasa tidak selesa, kerana ibu kecewa dan berurai air mata.
Anakku…
Bila ibu boleh memilih ”untuk ibu berjuang melahirkanmu”, Maka ibu memilih berjuang melahirkanmu..
Kerana menunggu dari jam ke jam, minit ke minit kelahiranmu,
Adalah seperti menunggu  memasuki salah satu pintu syurga,
Kerana kedahsyatan perjuanganmu untuk mencari jalan keluar ke dunia sangat ibu rasakan,
Dan saat itulah kebesaran Allah menyelimuti kita berdua, Malaikat tersenyum diantara peluh dan erangan rasa sakit,
Yang tak pernah dapat ibu ceritakan kepada sesiapa pun,
Dan ketika engkau hadir, tangismu memecah dunia.

Saat itulah…saat paling membahagiakan
Segala sakit & derita hilang melihat dirimu yang merah,
Mendengarkan ayahmu mengumandangkan azan,
Kalimat syahadat kebesaran Allah dan junjungan kita Rasulullah di telinga kecilmu.

Anakku…
Apabila ibu boleh memilih “apakah ibu tidur lena, atau harus bangun tengah malam untuk menyusuimu?”,
Maka ibu memilih menyusuimu, Kerana dengan menyusuimu ibu telah membekalkan hidupmu dengan titisan-titisan dan tegukan – tegukan yang sangat berharga,
Merasakan kehangatan bibir dan badanmu didada ibu dalam pelukan ibu,
Adalah sebuah rasa luar biasa yang orang lain tidak dapat rasakan.


Anakku…
Bila ibu boleh memilih “duduk menonton tv atau duduk di lantai menemanimu menempelkan puzzle”
Maka ibu memilih bermain puzzle denganmu,
Tetapi anakku…
Hidup memang pilihan…

Jika dengan pilihan ibu, engkau merasa sepi dan merana,
Maka maafkanlah nak…
Maafkan ibu…
Maafkan ibu…
Percayalah nak, ibu sedang menyempurnakan puzzle kehidupan kita,
Agar tidak ada satu keping pun bahagian puzzle kehidupan kita yang hilang

Percayalah nak…
Sepi dan ranamu adalah sebahagian duka ibu
Percayalah nak…
Engkau adalah selalu menjadi belahan nyawa ibu…