My photo
kami adalah kami, tidak sempurna sifat dan rupa. yang mencari keredhaan-Nya untuk berjuang dijalan-Nya. hanya Allah s.w.t, hakim yang boleh menilai dan mentafsir siapa diri kami. 'Da'wah is not about to change and convert people but da'wah is to convey the message with wisdom, knowledge and good words'- kata-kata seorang penda'wah

Tuesday, November 8, 2011

Perhiasan Dunia ialah Wanita dan Gadis Solehah





Segala-galanya bermula dengan satu perkara. Hati. Tiada siapa mengetahui bahawa hatilah punca segala-galanya bermula. Daripada aku hidup sebagai seorang gadis naïf kepada seorang gadis yang sangat2 liar. Sukar dikawal. Aku ingin berubah tetapi apakan daya aku. Aku tak mampu melawan hati aku sendiri. Aku biarkan hatiku menguasai diriku.

Pada mulanya, aku hanyalah mulai berjinak-jinak untuk bercinta. Aku mulai mendekati lelaki. Ah, bodoh! Namun, aku tak mampu mengawal hasrat hatiku ditambah pula dengan dorongan syaitan. Aku terus biarkan hatiku menguasai diriku. Bodoh! Sehingga aku menyedari kehadiran seorang lelaki di dunia ini. Semuanya mulai berubah. Aku sendirir tidak tahu mengapa. Pada mulanya kau hanya menganggap itu adalah rasa yang biasa, normal. Namun, masuk pada tahun berikutnya, hatiku makin berubah.

Aku mulai mendekati apakah itu sebenarnya makna MUSLIMAH SEJATI. Aku akui, aku belum cukup syarat menjadi muslimah, apatah lagi muslimah sejati. Orang yang aku pada mulanya aku kagumi kini aku sayangi. Aku sendiri tidak menyedarinya. Namun, benar kata orang, setiap yang datang akan pergi. Aku terus tersungkur. Bodoh! Aku memarahi diriku lagi kerana menyerahkan hatiku kepada yang belum pasti. Setelah muslimin itu pergi, hatiku serta-merta buta sehingga kadang-kadang aku merasakan aku sudah terlalu jauh daripada Allah S.W.T. tuhan aku sendiri, yang menciptakan aku, yang berkuasa ke atasku, yang menganugerahkan kepadaku setiap nikmat yang tidak pernah aku syukuri. Sedarlah ! Masih belum terlambat. Hatimu ingin kembali kepada fitrah, bawanya. Jangan kau biarkan suara imanmu yang mulai bersuara  lantang terus senyap selama-lamanya.

Aku buntu. Aku sedar Allah dan Rasul-Nya harus aku utamakan melebihi segala-galanya namun aku tak mampu untuk sampai kepada tahap itu. Kesabaran aku tipis, ketakwaan aku setitik, tawakkal aku sedetik, bagaimana aku mampu untuk bermujahadah. Kau boleh… aku pasti !!!

Sekarang, tutuplah hatimu kepada perkara-perkara yang boleh menganggu engkau untuk bermujahadah. Bukalah mata hatimu kepada Islam. Petuhi syariat-Nya, perintahnya-Nya. Jauhi larangan-Nya. Itu sudah memadai. Insya-Allah. Tingkatkan amalmu. Banyakkan zikirmu, membaca Al-Quran, beristighfar dan solatlah dengan khusyuk…. INSYA-ALLAH kau boleh. ALLAHU AKBAR!!!!

  • ·         Wahai muslimat kesayanganku, perhiasan dunia, anggaplah setiap dugaan yang melanda itu tandanya bahawa Allah menyayangi kita. Tidak mungkin Allah akan mempersiakan hambaNya yang datang kepadaNya. Dan sudah semestinya fitrah seorang gadis itu lembut dan jernih. Bagaimana liarnya seseorang gadis itu, kuasaNya mampu menjadikan gadis itu berubah sekelip mata. Ana juga seorang gadis jadi ana memahami perasaan bagi gadis-gadis seIslam ana. Ingatlah, mahkota gadis bukanlah pada rupa-parasnya, tetapi maruah dan akhlaknya. Kerana rupa paras bisa pudar, tetapi maruah dan akhlaklah yang bakal memuliakan pemiliknya selama-lamanya.


Mulakan langkahmu dengan senyuman, tabah, tawakkal dan takwa. =)




                                                                Hasil Nukilan… Miss A.

No comments:

Post a Comment