Orang kata, sahabat masa ketawa mudah dicari, sahabat masa menangis sukar ada, sahabat ke neraka mudah dicari, sahabat ke syurga sukar ada. benar kah ?
Jadilah sahabat bagaikan pelangi, jarang sekali ia hadir, namun sudah cukup menceriakan hati. Sahabat yang baik, hadirnya menenangkan, perginya tidak membuatkan kita gelisah. Kerana kita tahu dia pandai menjaga diri dan iman.
Sayangkah kita pada sahabat? Kita cakap kita sayang, tetapi bila kita melihat di depan mata mereka melakukan kesalahan, kita akan teragak-agak untuk menegur. Takut-takut kalau ditegur nanti akan ada yang terasa hati. Tetapi kita patut lebih takut apabila nanti tidak bertemu di syurga. Kalau boleh ke syurga bersama-sama. Sahabat itu susah dan senangnya bersama. Sahabat itu berlapar bersama. Sahabat itu berpanas berhujan bersama. Sayangilah sahabat kerana Allah.
Jika kita rasakan sahabat kita itu teruk, jangan hitung mereka, hitung diri sendiri dahulu. kita ni sudah sempurna ke?
Allah suruh berkasih sayang, Allah suruh kasih-mengasihi, Allah suruh ajak kepada kebaikan. Cinta yang kukuh, berasal daripada asas yang kukuh. tiada asas yang lebih kukuh daripada Allah s.w.t.
ٱلۡأَخِلَّآءُ يَوۡمَٮِٕذِۭ بَعۡضُهُمۡ لِبَعۡضٍ عَدُوٌّ إِلَّا ٱلۡمُتَّقِينَ
Pada hari itu sahabat-sahabat karib: Setengahnya akan menjadi musuh kepada setengahnya yang lain, kecuali orang-orang yang persahabatannya berdasarkan takwa (iman dan amal soleh).
(Surah Az-Zukhruf 43: Ayat 67)
No comments:
Post a Comment