Semasa kecil dahulu kita sering diusik dengan kata-kata orang tua : ''SIapa tk puasa, Tak dapat duit raya.''
itulah kata-kata yang memberi dorongan untuk anak-anak kecil berpuasa. Alhamdulillah, Ramadan yang hanya tiba sekali dalam setahun berkunjung tiba.
Rasulullah S.A.W pernah bersabda yang bermaksud:
"Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan pengharapan akan diampunkan segala dosa-dosanya yang terdahulu." (Riwayat al-Bukhari & Muslim)
Maka kembalilah mereka ibarat bayi yang baru lahir suci daripada segala dosa. Kita digalakkan memperbanyakkan amal ibadah dan memohon keampunan daripada Allah S.W.T serta banyakkan muhasabah diri. Sebagaimana yang telah disabdakan oleh Rasulullah S.A.W bermaksud; "Apabila tiba awal malam dalam bulan Ramadhan, diikat semua Syaitan dan jin-jin yang derhaka, ditutup semua pintu Neraka dan tidak dibuka walau satu pintu, dan dibuka pintu-pintu Syurga dan tidak ditutup walaupun satu pintu."
Penyeru pun menyeru: "Wahai orang yang mengharapkan kebaikan, terimalah! Dan wahai orang yang mengharapkan kejahatan, berhentilah! Dan (yang ikhlas) kerana Allah, akan dibebaskan daripada api Neraka dan (penyeru itu akan menyeru) pada setiap malam Ramadhan." (Riwayat at-Tirmizi dan Ibn Majah)
RAMADAN, bulan rahmat, maghfirat dan keberkatan. tetapi kenapa segelintir manusia ramai yang mengeluh akan hadirnya bulan yang penuh baraqah ini.. Indahnya Ramadan, Ramadan menjanjikan kerahmatan, keampunan dan kebebasan dari api neraka bagi mereka yang berpuasa. jadi, dekatkanlah diri kita dengan Al-Quran, upgrade iman, download sabar, upload usaha, delete dosa dan top-up ilmu agar dapat redeem pahal. rebutlah peluang keemasan ini. Semoga segala amalan kita dirahmati dan diberkati oleh-Nya. dan Semoga Ramadan kali ini penuh makna, agar dapat kita lalui bersama-sama dengan sempurna. -Aminn-
╲╭━━━━╮╲╲╭━━━━━━━━╮
╲┃╭╮╭╮┃╲╲┃Selamat mnyambut
╲┃╭╮╭╮┃╲╲┃Selamat mnyambut
┗┫┏━━┓┣┛╲╰┳ bln Ramadhan
╲┃╰━━╯┃━━━╯╰━━━━━━╯
╲┃╰━━╯┃━━━╯╰━━━━━━╯
╲╰┳━━┳╯╲╲╲╲╲╲╲╲╲
╲╲┛╲╲┗╲╲╲╲╲╲╲╲╲ ╲
" Ya Allah.. Perkayalah saudaraku ini dengan keilmuan, Hiasi hatinya dgn kesabaran, Muliakan wajahnya dgn ketakwaan, Perindalah fiziknya dgn kesihatan Serta terimalah amal
ibadahnya dgn kelipat gandaan, Kerana hanya
Engkau Dzat penguasa seklalian alam Marhaban Ya Ramdhan.. "
No comments:
Post a Comment