My photo
kami adalah kami, tidak sempurna sifat dan rupa. yang mencari keredhaan-Nya untuk berjuang dijalan-Nya. hanya Allah s.w.t, hakim yang boleh menilai dan mentafsir siapa diri kami. 'Da'wah is not about to change and convert people but da'wah is to convey the message with wisdom, knowledge and good words'- kata-kata seorang penda'wah

Monday, November 7, 2011

Jarak Antara Dua Hati..


photography
Suatu hari seorang  guru bertanya kepada murid-muridnya, “Mengapa ketika seseorang sedang  marah, dia akan bercakap dengan suara kuat atau berteriak?”
Seorang murid setelah berfikir cukup lama mengangkat tangan dan menjawab, “Kerana dia telah hilang sabar, oleh itu dia berteriak.”
“Tapi…” guru bertanya kembali
“Orang yang dimarahinya hanya berada dekat dengannya. Mengapa perlu berteriak? Kenapa dia tak  berbicara secara lembut?”

Hampir semua murid memberikan pelbagai alasan yang dirasakan logik menurut  mereka. Namun tiada satu pun  jawapan yang memuaskan.
Maka guru berkata, “Ketika dua orang sedang berada dalam  kemarahan, jarak antara ke dua hati mereka menjadi amat jauh walaupun  secara luaran mereka begitu dekat. Oleh itu, untuk mencapai jarak yang demikian, mereka harus berteriak.
Namun anehnya, semakin kuat mereka berteriak, semakin pula mereka menjadi marah dan dengan sendirinya jarak hati yang ada di antara mereka  menjadi lebih jauh lagi. Kerana itu mereka terpaksa berteriak lebih kuat dan keras lagi.”

Guru masih melanjutkan, “Sebaliknya, apa yang terjadi ketika dua orang saling jatuh cinta?
Mereka tidak berteriak, mereka berbicara dengan suara yang keluar dari mulut mereka dengan begitu perlahan dan kecil. Seperlahan bagaimana pun, kedua-duanya masih dapat mendengar  dengan begitu jelas.
Mengapa demikian?” Guru bertanya sambil memerhatikan muridnya.
Mereka kelihatan berfikir panjang namun tiada seorang pun yang berani memberikan jawapan. “Kerana hati mereka begitu dekat, hati mereka tak berjarak.  Sepatah kata pun tak perlu diucapkan. Sebuah pandangan mata saja cukup membuat mereka memahami apa yang ingin mereka sampaikan.”

 Ketika kita sedang dilanda kemarahan, janganlah hati kita mencipta jarak. Lebih – lebih lagi  mengucapkan kata-kata yang mendatangkan jarak hati diantara kita. Mungkin di saat seperti itu, diam mungkin merupakan cara yang bijaksana. Kerana waktu akan membantu kita.
akuislam.com

MASYITAH WANITA PENGHULU SYURGA

alt

Wanita ini harum namanya seharum makamnya yang dicium Nabi Muhammad s.a.w sewaktu Israk Mikraj. Beliau ialah Masyitah, wanita penghulu syurga.
Semasa hayatnya, Masyitah menjadi pengasuh puteri Firaun. Suatu hari, ketika menyikat rambut puteri Firaun, sikatnya jatuh. Dengan tidak sengaja, beliau menyebut nama ALLAH.
Puteri Firaun berasa hairan lalu bertanya, siapakah ALLAH itu? Masyitah engan menjawap tetapi terus didesak bertubi-tubi. Akhirnya, beliau menerangkan bahawa ALLAH adalah TUHAN Yang Maha Esa, TUHAN sekalian alam.
Puteri itu mengadu kepada Firaun dan menyebabkan Firaun menggila marah. Ini kerana Masyitah menyembah Tuhan yang lain selain dirinya. Firaun memaksa Masyitah mengakui bahawa dirinya (Firaun) sebagai Tuhan tetapi dengan penuh keberanian beliau berkata: "Tuhan aku dan Tuhan kamu adalah ALLAH."
Firaun semakin marah. Lalu dia memerintahkan agar patung lembu tembaga berisi minyak direbus hingga menggelegak. Kemudian, Masyitah dan ahli keluarganya dicampak ke dalamnya seorang demi seorang. Sewaktu giliran anaknya, Masyitah hempir mengalah kepada Firaun kerana sayangkan anaknya.
Tetapi dengan kehendak ALLAH s.w.t kejadian luar biasa berlaku. Bayi Masyitah boleh bercakap secara tiba-tiba. Katanya,
"Wahai ibu, teruskanlah dan usah menyerah kalah. Sesungguhnya engkau di jalan kebenaran."
Lalu Masyitah yakin semula. Beliau mempertahankan keimanannya dengan mengatakan bahawa ALLAH Tuhan Yang Maha Esa dan Firaun hanyalah manusia biasa. Beliau dan ahli keluarga kemudiannya mati syahid di tangan Firaun yang durjana.
Melalui pengorbanan sehebat Masyitah inilah Islam semakin mekar dan tersebar. Melalui pengorbanan wanita inilah Islam dipandang tinggi oleh insan yang sedang mencari-cari cahaya hidup. Ketika ada yang merasakan agama nenek moyang mereka sebagai karut dan tiada kuasa, mereka mencari-cari agama yang sebenar, yang boleh disandarkan seluruh kehidupan. Akhirnya mereka mendapati, Islam itu agama yang benar lalu mereka memilih untuk menganut agama yang benar ini dan bersandar dengan sepenuh jiwa raga meskipun diseksa atau terkorban nyawa. Apabila iman telah kukuh dalam diri, percayalah bahawa semua ugutan atau hinaan tidak lagi gentar untuk dihadapi dengan penuh ketakwaan.
Pada hari ini, kita tidak perlu berkorban nyawa seperti Masyitah untuk menegakkan Islam kerana Islam itu sudah tertegak dengan jerih payah pejuang-pejuang sebelum kita. Kita tidak perlu menempuh jalan sesukar itu kerana jalan Islam sudah terbentang di hadapan mata malah di lahirkan sudah Islam sejak azalinya. Islam ada di sekeliling kita malah menjadi cara hidup kita semua. Kita boleh mengamalkan agama kita ini sebebas-bebasnya. Tiada sesiapa pun yang akan marah jika sehari demi sehari kita berazam untuk meningkatkan iman dalam diri namun terlalu mengecewakan di zaman sekarang ada di antara kita yang lupa akan nikmatnya Islam yang selama ini bermati-matian di perjuangkan dan terlalu mudah agama kita diperjudikan.

Sunday, November 6, 2011

CINTA VS IMAN




Keadaan sekeliling tenang. dedaunan menghijau. cahaya cerah menyinari segenap ruang qalbu. tenang dan damai tanpa sebarang kekecohan.

Seketika, terdengar pekikan kegelisahan, menyebarkan khabar bahawa bala tentera cinta sudah bersedia di setiap sempadan qalbu untuk menyerang pada bila-bila mase jer. Iman segera bangkit menyediakan bala tenteranya untuk berjuang. Mujahadah,zikir, pasrah, tawakal bergabung membentuk satu angkatan tntera yang kuat yang diketuai oleh komander Takwa.

AAARRRRRHHHH!!!! jerit hati. menandakan peperangan sudah bermula. pertempuran berlaku dengan begitu dahsyat. cinta segera menyebarkan virus-virusnya untuk membantu merobekkan hati. AAARRRGGGHHH!!!! jerit hati sekali lagi. begitu banyak sudah calar dan luka. parut turut terkesan. namun, pertempuran terus berlaku. IMAN tidak mengaku kalah. segera dipanggil bala tntera yang diketuai komander ISTIGHFAR untuk bertempur.

dengan tntera yang lebih hebat yang terdiri daripada IKHLAS, TAHAJJUD, WIRID, HAJAT, TAUBAT, TASBIH dan sebagainya, bala tentera cinta dapat dihentikan. cinta segera berundur daripada sempadan hati. cahaya mulai menyinari kembali segenap ruang. DR. TAWAKKAL hadir menjenguk hati. ternyata keadaan hati parah sekali. namun, keadaan itu segera dibaik pulih dengan segala jenis rawatan daripada DR. TAWAKKAL.


sekian~