My photo
kami adalah kami, tidak sempurna sifat dan rupa. yang mencari keredhaan-Nya untuk berjuang dijalan-Nya. hanya Allah s.w.t, hakim yang boleh menilai dan mentafsir siapa diri kami. 'Da'wah is not about to change and convert people but da'wah is to convey the message with wisdom, knowledge and good words'- kata-kata seorang penda'wah

Friday, October 7, 2011

Nyahkan Rasa Jemu Dari Hidup Anda

Orang yang hidup mengekang diri dengan hanya satu gaya atau cara hidup sudah tentu akan dilanda kebosanan. Hal itu kerana jiwa manusia pada dasarnya cenderung mudah bosan.Tiap-tiap manusia tidak akan betah dalam satu keadaan yang sama. Dan kerana itu pula maka Allah menjadikan banyak warna dan bentuk untuk suatu tempat, zaman, makanan,minuman, dan makhluk-makhluk ciptaan-Nya.Ada malam dan ada siang,ada dataran tinggi dan dataran rendah , ada putih dan ada hitam, ada panas dan ada sejuk, ada manis dan ada pahit. Kepelbagain dan perbezaan ini telah pun disebut Allah dalam beberapa firman- Nya. Di antaranya Allah berfirman, ertinya :

"(Dengan itu) akan keluarlah dari dalam badanya minuman (madu) yang berlainan warnanya."
                                                                                                                 (Surah An - Nah :69)

"Dari pohon-pohon tamar (kurma) yang berumpun dan yang tidak berumpun".
                                                                                                                 (Surah Ar-Ra'd : 4)

"Dan di anatara gunung-ganang pula ada yang mempunyai jalur-jalur serta lorong-lorong putih dan merah , yang berlainan warnanya (tua dan muda) dan ada juga yang hitam legam."
                                                                                                                 (Surah Fatir :27)

"Dan demikianlah keadaan hari-hari (kejayaan dan kesedihan) Kami pergilirkan di antara sesama manusia, (supaya menjadi pengajaran)."
                                                                                                                 (Surah Ali Imran : 140)

Malahan Bani Israel pernah berasa bosan dengan makanan mereka yang paling baik dan mengeluh kepada Allah:

"Dan kami tidak sabar (sudah jemu) dengan makanan yang semacam sahaja".
                                                                                                                 (Surah Al-Baqarah : 61)

Al-Makmum adakalanya membaca sambil duduk, sekali-sekala dengan berdiri, dan ketika yang lain sambil berjalan. Dan kerana itu pula ia telah berkata: "Jiwa manusia itu sungguh mudah merasa bosan" .

Allah juga sudah berfirman, ertinya :
"(Iaitu) orang-orang yang menyabut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring."
                                                                                                                  (Surah Ali Imran :191)

Ayat ini mengisyaratkan bahawa dalam beribadah pun manusia akan mudah berasa  bosan. Sebab itu maka Allah pun memberi banyak pilihan bentuk dan cara beribadah kepada para hamba-Nya.
                       
Allah sudah menetapkan pelbagai amalan hati, amalan lisan, amalan badan, dan amalan harta. Kita juga tidak hanya diwakibkan sembahyang,tetapi juga membayar zakat,berpuasa,menunaikan haji dan ikut berjihad.
Lebih dari itu, dalam sembahyang pun kita tidak hanya disuruh berdiri sahaja, tetapi juga rukuk, sujud dan duduk.

Semua ini mengisyaratkan bahawa siapa pun yang menghendaki kepuasan, semangat yang selalu baru dan produktiviti maka ia pandai membahagi waktunya. Ia perlu membahagi waktu kerana selain ia perlu bekerja, merenung dan perlu juga mencari hiburan. Dalam hal membaca pun, anda perlu kepelbagain. Ada masanya anda perlu membaca Al-Quran, tafsir, sirah Baginda Rasul , hadis, fiqah,sejarah, sastera dan ilmu pengetahuan yang lain. Begitu pulalah dalam melaksanakn kegiatan harian,anda mesti dapat menentukan bilakah waktu untuk beribadah, mencari hiburan, mengunjungi kenalan, menerima tamu,bersukan dan berkelah. Dengan begitu, nescaya jiwa anda akan terus merasa segar dan bersemangat..

\

Saturday, September 24, 2011

Bayangkan Dunia Tanpa Muslim....


Mari kita bayangkan dunia TANPA MUSLIM, bolehkah kita?
Tanpa orang Muslim, kita tidak mungkin akan ada:
  • Kopi
  • Kamera
  • Experimen Fizik
  • Sabun
  • Shampu
  • Pewangi / Spirit
  • Projek pengairan
  • Aci engkol, internal combustion engine, injap, piston
  • Kunci gabungan
  • Peralatan pembedahan
  • Ubat Bius
  • Kincir angin
  • Rawatan Cacar
  • Sistem penomboran
  • Algebra/Trigonometry
  • Kaca kristal
  • Karpet
  • Universiti
  • Optik
  • Berus gigi
  • Hospital
  • Kompas Pelayaran
  • Pendulum
  • Braille
  • Kosmetik
  • Pembedahan Plastik
  • Kaligrafi
Orang Islam yang menyedari bahawa cahaya memasuki mata kita, tidak seperti orang-orang Yunani yang mengatakan kita memancar cahaya, dan hasilnya adalah penciptaan kamera dari penemuan ini.
Orang Muslim adalah yang pertama  untuk membuat cubaan terbang pada tahun 852, walaupun begitu, Wright bersaudara yang telah mendapat nama
Seorang Muslim yang bernama Jabir ibn Hayyan dikenali sebagai pengasas Kimia moden. Beliau pencipta proses: penyulingan, penulenan, pengoksidaan, penyejatan, dan penurasan. Beliau juga menemui asid sulfurik dan nitrik.
Seorang muslim yang bernama  Al-Jazari juga dikenali sebagai bapa robotik
Arkitek istana Henry V adalah seorang Muslim
Orang Muslim yang mencipta jarum berongga untuk menyedut kataraks dari mata, teknik yang masih digunakan sehingga hari ini.
Orang Muslim adalah yang sebenar menemui inokulasi, bukan Jenner dan Pasteur untuk merawat cacar. Barat hanya membawanya dari Turki
Orang-orang Islam yang telah banyak menyumbang kepada matematik seperti algebra dan trigonometri, yang telah diimport ke Eropah dan 300 tahun kemudian mereka meluaskan kepada Fibonnaci dan selebihnya.
Orang-orang Islam yang mendapati bahawa bumi ini bulat 500 tahun sebelum Galileo.

Senarai ini semakin tersingkap dan bertambah..

Cuba bayangkan dunia tanpa Islam. Sekarang saya rasa anda mungkin  membayangkan DUNIA TANPA pengganas. Tetapi kenapa terus mengaitkan Islam dengan aktiviti  “TERRORIST?”, tetapi dalam masa yang sama menyorokkan fakta sumbangan umat Islam?

Calon Awek VS Calon Isteri


CALON AWEK :
-         Mudah diajak keluar untuk ber“dating”.
-         Gemar bersosial tak kira dengan siapa.
-         Senang dipengaruhi dengan ayat-ayat cinta dusta.
-         Mendedahkan aurat untuk kepuasan mata melihat nikmat maksiat.
-         Mudah didekati dan disentuh-sentuh.
-         Jual murah dengan melayan semua lelaki.
-         Senang diajak ber“couple” dan bermain mesej-mesej berwarkah biru.
-         Tidak pandai menjaga maruah dan harga diri.
-         Iman yang goyah dan selalu rapuh.
-         Jahil dan tidak peduli dalam bab agama.
-         Tidak menjaga batas-batas pergaulan.
CALON ISTERI :
-         Payah dan sukar nak diajak keluar “dating” berdua. Memang tak pernah berjaya pun. “Dating” hanya bersama yang halal.
-         Bersosial mengikut keperluan. Pandai memilih kawan.
-         Sukar dipengaruhi dengan godaan ayat-ayat cinta.
-         Sentiasa menutup dan memelihara auratnya daripada pandangan lelaki ajnabi.
-         Pandai memelihara diri sendiri. Sukar didekati dan disentuh.
-         Jual mahal dengan lelaki yang ingin men“tackle”nya.
-         Sukar dan amat payah dipujuk rayu untuk diajak ber“couple” dan tidak pernah melayan mesej-mesej berwarkah biru yang melalaikan.
-         Pandai menjaga maruah dan harga diri.
-         Sentiasa menjaga kualiti iman agar tidak rapuh dan goyah.
-         Pandai dan amat menitikberatkan soal agama.
-         Menjaga batas-batas pergaulan.
Allah s.w.t berfirman yang bermaksud : “Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula).” (Surah al-Nur : 26)
Ingatlah wahai muslimah, jangan terlalu percaya dengan pujuk rayu dan kata-kata cinta dusta daripada lelaki. Fikirlah jangka masa panjang. Jangan pernah berjanji setia atau menyerahkan segala kepercayaan dan kasih sayang kita kepada si dia yang masih belum sah dan halal untuk kita.
Andai belum bersedia, mengapa sibuk ingin bercinta? Tidakkah itu hanya akan melalaikan hati dan jiwa kita daripada mengingati Allah? Tidakkah itu hanyalah jalan untuk menambahkan dosa kita? Salutkanlah rasa taqwa dan malu pada Allah.
Ingatlah segala titik peluh dan keringat ibu bapa kita. Mereka menghantar kita ke sekolah atau ke universiti atau ke mana sahaja untuk kita BELAJAR. Tumpukanlah pada BELAJAR dahulu. Bila sudah selesai BELAJAR, dah pandai cari duit sendiri, dah bersedia sepenuhnya, barulah kita buat apa yang patut. Jika diri dan segala keperluan masih belum tersedia dan bersedia, tetapi sudah ada calon, ‘list’kan sahaja calon-calon itu. Berkawan tidak salah. Tetapi, berkawanlah mengikut keperluan. Jangan terlalu ikutkan perasaan. Bila tiba masanya, mintalah petunjuk Allah.
Saya sering memberi peringatan untuk diri sendiri agar tidak terjerumus ke dalam perkara maksiat yang boleh merosakkan hati dan diri. Saya juga sering ingatkan hati dan diri saya  agar tidak menyukai seseorang itu bersangatan dan tidak melayan perasaan suka, sayang atau cinta yang kadang-kadang pernah terlintas di fikiran. Kerana makin kita layan, makin syaitan masuk ‘line’. Maklumlah, itu semua lumrah. Biarkan sahaja. Sibukkan diri dengan perkara-perkara bermanfaat dan amal ibadah agar kita lupa pada bisikan-bisikan syaitan yang menyuruh kita melakukan maksiat pada Allah. Tumpu pada tujuan utama kita, iaitu, BELAJAR. Bersihkan hati dan fikiran daripada segala perkara-perkara ‘lagha’ iaitu melalaikan. Ikhlaskan hati dan niat LILLAHI TA’ALA.
Ingatlah wahai muslimah, kita ini adalah perhiasan. Dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah. Saya menyeru diri saya sendiri dan para muslimah sekalian, marilah kita mengamalkan sikap ‘fastabiqul khairat’ iaitu berlumba-lumba dalam kebaikan untuk mendapat gelaran wanita solehah pada pandangan-Nya. Jagalah maruah dan harga diri kita. Peliharalah, agar jodoh kita juga terpelihara. Mudah-mudahan, amin.