My photo
kami adalah kami, tidak sempurna sifat dan rupa. yang mencari keredhaan-Nya untuk berjuang dijalan-Nya. hanya Allah s.w.t, hakim yang boleh menilai dan mentafsir siapa diri kami. 'Da'wah is not about to change and convert people but da'wah is to convey the message with wisdom, knowledge and good words'- kata-kata seorang penda'wah

Saturday, July 9, 2011

Syabab

  
 Lelaki..




Dulu,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya mendongak megah,
Lelaki kami Asadullah,Saifullah,
Tokoh ramai tak terkira,
Kini,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya menunduk lemah,
Tokoh kami sedikit sekali,
Ramainya boneka Yahudi.

Dulu,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya tenang di hati,
Lelaki kami menjaga,melindungi,
Kini,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya mahu cabut lari,
Lelaki khianat perogol bersiri.

Dulu,
Bila seorang wanita teraniaya,
Sepasukan kuda putih membela,
Al Mu'tasim kebanggan wanita,
Kini,
Ribuan wanita suci dipenjara,
Fatimah diperkosa minta dibela,
Lelaki tunduk tak bertenaga.

Dulu,
Bila wanita di bwh jagaanya,
Lelaki memagari sehabis daya,
Tiada siapa berani menggoda,
Kini,
Bila wanita di bwh jagaanya,
Lelaki tak kisah auratnya terbuka,
Wanitanya dibiar bebas,binasa.

Dulu,
Lelaki menggadai harta dan nyawa,
Untuk mengangkat kemuliaan agama,
Kini,
Lelaki menggadai ketinggian agama,
Demi nafsu,dunia dan seisinya.

Dulu,
Lelaki bermatian mencipta sejarah,
Kental berjihad,tekun berdakwah,
Kini,
Lelaki hanya menyanjungi sejarah,
Diri bermalasan,tenaga tak dikerah.

Dulu,
Lelaki memperjuangkan deen dan ummah,
Al Farouq,Zunurain mati terbunuh,
Kini,
Lelaki memperjuangkan diri dan kroninya,
Hingga sanggup membunuh.

Dulu,
Lelaki bersatu menghadapi musuh,
Angkatanya kuat dan teguh,
Kini,
Lelakinya berpuak dan berpecah,
Sesama sendiri saling bertelingkah.

Kembalilah lelakiku,
Pada kelakianmu,
Kami rindukan lelaki dulu,
Acuan Madrasah Rasul.
  
  (novel syabab musafir kasih)


Tuesday, July 5, 2011

Bagaimana menjadi rajin


5 tips bagaimana mengatasi sikap malas. Perasaan malas adalah lawan kepada sikap rajin. Ianya satu sikap negatif yang perlu diubati. Rasa-rasa anda, bagaimana ingin membuang sifat malas? Di sini saya senaraikan 5 tips yang boleh digunakan.
1. Tanya pada diri anda dan jawablah sejujurnya. Fikirkan sejenak mengenainya.
Apakah faedah daripada sikap malas aku ini?”
2. Senaraikan kesan dan akibat sikap malas yang ada pada diri anda. Ini bertujuan untuk menyedarkan minda anda bahawa sikap ini tidak berfaedah langsung. Selain itu, ia membuat minda anda ‘sakit’ dengan sikap ini.
3. Kekalkan momentum kerajinan anda. Jika anda sedang melakukan sesuatu dan ingin berhenti berehat, pastikan anda berhenti tidak lama. Kekalkan momentum tersebut. Semakin lama anda berhenti atau berehat, semakin kurangnya semangat anda menerusnya.
4. Membayangkan kesan positif yang anda perolehi kesan daripada sikap rajin anda. Contohnya anda membayangkan anda mendapat keputusan yang cemerlang atas kerajinan anda, lalu ibu bapa anda menghadiahkan anda RM500. Disayangi teman dan diminati ramai..Hoho..
5. Akhir sekali senaraikan mengapa anda ingin membuang sikap malas.Tampalkannya. Untuk berubah, manusia perlu mempunyai sebab. Jadi tuliskan sebab itu.

Friday, June 24, 2011

Menangislah !

Assalamualaikum...
Kalau sebut menangis, mesti muslimat yg menjadi mangsa, kata muslimin.. perempuan sensitif, hati mudah terasa, mudah menangis. Betul ke? Hakikatnya begitulah...
Tapi mengapa kamu, para muslimin amat sukar utk menangis? Adakah amat berharga titisan itu utk dititiskan?..
Pantang melihat lelaki menangis..diejeknya mudah terasa, mcm perempuan, tak macho langsung. Inilah satu persepsi dlm realiti yg bukan hanya ilusi yg harus dijadikan diskusi (tp lainlah kalau seseorang tu dah memang snang sangat nak nangisnya..yang ni masuk bab lain)..
Ada saat yg membuatkan mata kita ni nak sangat mengalirkan air mata..tp kenapa kita tahan?? takut? control macho? lelaki sejati? Mungkinkah itu sebabnya? Ego seorang lelaki amat sukar utk dibendung...sehinggakan saat yg sepatutnya air mata itu dititiskan..ditahannya sepenuh hati dan kudrat. Padahal, sahabat2 pd zaman nabi mempunyai muka yg jernih dan tenang hati memandang adalah kerana titisan air mata mengalir yg menyucikan wajah dan hati, jasmani dan rohani, jiwa dan raga mereka...titisan air mata keinsafan yg ikhlas kerana cinta kpd Allah dan takutkan dosa. Inilah sifat mu'min yg sejati..

Apabila ditanya mengapa tidak menangis...dijawabnya, mengapa nak menangis depan manusia?. menangislah di depan Allah..Hmmm..Apabila difikirkan, btul juga kata2 itu..tetapi pada hakikatnya itu hanyalah sifat kemunafiqan yg cuba diselindung dgn jawapan kebenaran...
Setiap manusia mempunyai kelemahan masing2..dgn kata lain mempunyai weak spottersendiri..dan apabila weak spot itu digertak dan diserang..saat itulah hati mudah terasa..seterusnya mudahlah menangis..
Sebab tu la, apabila seseorang  itu menangis, jgnlah kita mengejeknya..jgnlah kita menyindirnya...kerana ingatlah!!! Kamu juga mempunyai kelemahan..dan kamu juga tidak tahu bilakah weak spot kamu akan diusik dan diuji...
Jika kamu tidak tahu apakah kelemahan kamu, maka carilah kelemahan itu di dalam diri kamu dan janganlah cuba utk mencari kelemahan org lain...BERSEDIALAH!!!!

Menangislah jika perlu,
Kerna saat itu hilangnya ego daripada dirimu.

P/s: copypaste from http://jauharaqalbi.blogspot.com - pemilik blog As-Syaheed Allahyarham Faiz Jamaludin [8 Ogos 1994 - 18 April 2011]... Al-FAtihah..