My photo
kami adalah kami, tidak sempurna sifat dan rupa. yang mencari keredhaan-Nya untuk berjuang dijalan-Nya. hanya Allah s.w.t, hakim yang boleh menilai dan mentafsir siapa diri kami. 'Da'wah is not about to change and convert people but da'wah is to convey the message with wisdom, knowledge and good words'- kata-kata seorang penda'wah

Friday, June 24, 2011

Menangislah !

Assalamualaikum...
Kalau sebut menangis, mesti muslimat yg menjadi mangsa, kata muslimin.. perempuan sensitif, hati mudah terasa, mudah menangis. Betul ke? Hakikatnya begitulah...
Tapi mengapa kamu, para muslimin amat sukar utk menangis? Adakah amat berharga titisan itu utk dititiskan?..
Pantang melihat lelaki menangis..diejeknya mudah terasa, mcm perempuan, tak macho langsung. Inilah satu persepsi dlm realiti yg bukan hanya ilusi yg harus dijadikan diskusi (tp lainlah kalau seseorang tu dah memang snang sangat nak nangisnya..yang ni masuk bab lain)..
Ada saat yg membuatkan mata kita ni nak sangat mengalirkan air mata..tp kenapa kita tahan?? takut? control macho? lelaki sejati? Mungkinkah itu sebabnya? Ego seorang lelaki amat sukar utk dibendung...sehinggakan saat yg sepatutnya air mata itu dititiskan..ditahannya sepenuh hati dan kudrat. Padahal, sahabat2 pd zaman nabi mempunyai muka yg jernih dan tenang hati memandang adalah kerana titisan air mata mengalir yg menyucikan wajah dan hati, jasmani dan rohani, jiwa dan raga mereka...titisan air mata keinsafan yg ikhlas kerana cinta kpd Allah dan takutkan dosa. Inilah sifat mu'min yg sejati..

Apabila ditanya mengapa tidak menangis...dijawabnya, mengapa nak menangis depan manusia?. menangislah di depan Allah..Hmmm..Apabila difikirkan, btul juga kata2 itu..tetapi pada hakikatnya itu hanyalah sifat kemunafiqan yg cuba diselindung dgn jawapan kebenaran...
Setiap manusia mempunyai kelemahan masing2..dgn kata lain mempunyai weak spottersendiri..dan apabila weak spot itu digertak dan diserang..saat itulah hati mudah terasa..seterusnya mudahlah menangis..
Sebab tu la, apabila seseorang  itu menangis, jgnlah kita mengejeknya..jgnlah kita menyindirnya...kerana ingatlah!!! Kamu juga mempunyai kelemahan..dan kamu juga tidak tahu bilakah weak spot kamu akan diusik dan diuji...
Jika kamu tidak tahu apakah kelemahan kamu, maka carilah kelemahan itu di dalam diri kamu dan janganlah cuba utk mencari kelemahan org lain...BERSEDIALAH!!!!

Menangislah jika perlu,
Kerna saat itu hilangnya ego daripada dirimu.

P/s: copypaste from http://jauharaqalbi.blogspot.com - pemilik blog As-Syaheed Allahyarham Faiz Jamaludin [8 Ogos 1994 - 18 April 2011]... Al-FAtihah.. 


Monday, May 30, 2011

Happy Holiday :)



hanya untuk menyampaikan kata-kata :

SELAMAT BERCUTI :)

jangan lupa, isikanlah hari dengan kekusyukkan solat dan zikir serta tidak lupa Al-Quran..

Ketenangan Dalam Hati : QURAN is the answer

Banyak doa yang dapat menenangkan hati. paling senang, Allah s.w.t. ada sebut dalam Al-Quran :
"hanya dengan banyak mengingati Allah sahajalah yang dapat menenangkan jiwa kita"

sebagai tambahan, yang lain pun boleh diamalkan.
1- Baca al-Fatihah. 
2- Ayat kursi. 
3- al-Muawwizat (tiga qul). 
4- Surah al-Raad ayat 28. 
5- Surah al-Anaam ayat 13. 
6- Surah al-Syuaara ayat 33. 
7- Surah al-Furqan ayat 45. 

tapi yang paling penting, ISTIGHFAR banyak-banyak, mohon keampunan daripada-Nya.
orang tua tua juga ada mengatakan, jika hati gusar dan tidak sedap hati bacalah surah Al-Insyirah dan Ad-Dhuha. kalau dah baca, bagus. tetapi lengkapkanlah dalam hati dengan mengetahui ertinya dan menghayati maksudnya. InsyaAllah, Allah s.w.t mencampakkan ketenangan dalam hati dan jiwa kita. 

Ad-Dhuha :
1) Demi waktu Dhuha. 
2) Dan demi malam apabila telah sunyi. 
3) Tuhanmu tidak meniggalkan engkau (Muhamad) dan tidak (pula) membincimu. 
4) Dan sungguh, yang kemudian itu lebih baik bagimu daripada permulaan. 
5) Dan sungguh, kelak Tuhanmu pasti memberikan kurnia-Nya kepadamu, sehingga kamu menjadi puas. 
6) Bukankah Dia mendapatimu sebagai seorang yatim, lalu Dia melindungi(mu). 
7) Dan Dia mendapatimu sebagai seorang yang bigung, lalu Dia memberikan petunjuk. 
8) Dan Dia mendapatimu sebagai seorang yang kekurangan, lalu Dia memberikan kecukupan. 
9) Maka terhadap anak yatim janganlah engkau berlaku sewenang-wenangnya. 
10) Dan terhadap orang-orang yang meminta-minta, janganlah engkau mengherdik(nya). 
11) Dan terhadap nikmat Tuhanmu, hendaklah engkau menyatakan (dengan bersyukur).

Al-Insyirah :
1) Bukankah Kami telah melapangkan dadamu (Muhamad)?. 
2) dan Kami pun telah menurunkan bebanmu darimu,
3) Yang memberatkan punggungmu. 
4) Dan Kami tinggikan sebutan (nama)mu bagimu. 
5) Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan. 
6) Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan. 
7) Maka apabila engkau telah selesai (dari sesuatu urusan), tetaplah bekerja keras (untuk urusan yang lain). 
8) dan kepada Tuhanmulah engkau berharap.


Al-Quran, God's Love Letters Compilation is the best balm, given any time.

when we want to Allah, we pray and say prayers.
when we want to hear Allah talk to us, we read the Quran.